Tuesday, October 8, 2013

KISAH SAYA ~ KUTIP DUIT SYILING WAKTU SUSAH :(


Bismillah..

Teringat waktu saya jatuh dalam perniagaan dulu, terpaksa kutip duit syiling yang ada untuk beli 2 biji telur sehari untuk makan dengan nasi waktu tengahari & malam selain terpaksa makan maggi potong 2 seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Harga telur dalam 50 sen sebiji. 2 biji dah RM1. Terasa amat berharganya setiap duit syiling yang ada.

Masa senang sikit dulu setakat 10 sen atau 20 sen terjatuh, malas nak cari dah. Rasa macam takde makna sangat setakat 10 sen atau 20 sen tu kan? Tetapi cuba bayangkan pada waktu susah tu, ada masanya tak cukup lagi 10 sen je nak beli barang, habis keliling rumah kita cari. Cari celah-celah tikar, celah-celah kerusi, celah-celah laci.. pendek kata semua tempat kita cari. Betapa bernilainya duit 10 sen yang kita ada & kalaulah terjumpa 10 sen yang dicari "Ya Allah, rasa besar rahmat sangat" macam jumpa duit RM1K. :)

Begitulah besarnya nikmat & nilai duit syiling 10 sen tu pada mereka yang memerlukan. Saya pernah dengar satu cerita: Kisah JUTAWAN SEGERA yang keciciran duit RM1 pada waktu malam yang gelap. Jutawan segera ni dengan rasa nak menunjuk ambil note RM10 dan bakar dengan 'lighter' buat menyuluh kononnya nak mencari  note RM1 yang terjatuh. Kemudian mereka gelak-gelak sama-sama sendiri sebab sebenarnya mereka nak tunjuk bahawa mereka ada duit yang banyak. MashaAllah ini "KUFUR NIKMAT" namanya. Nauzubillah. Dan; dengar cerita jutawan segera ni dah balik hidup 'biasa-biasa' selepas semua duit yang ada habis diguna untuk belanja hangus beli kereta, pergi makan angin & beli barangan elektrik untuk kegunaan rumah dan macam-macam belanja hangus yang lain (tak digunakan untuk pelaburan).

Alhamdulillah saya belajar satu perkara, bahawa hidup atau berniaga perlu ada TABUNGAN buat bekal masa susah. Tak banyak pon sikit kena buat. Kalau dapat simpanan tu buat PELABURAN lagilah baik.Tapi nak melabur, kenalah cari guru yang boleh ajar berkenaan pelaburan dengan cara yang betul. Saya pon sedang usaha istiqamah nak belajar menabung. Tak mahu boros berbelanja sebab kita tak tahu bila masa kita akan susah. Hidup & perniagaan ni ibarat roda yang berputar. Ada masa kita di atas & ada masa kita di bawah. Waktu senang, ingat waktu susah. InshaAllah sama-sama kita cuba. :)


Catatan:

Ali MS




2 comments:

  1. inspired story lagi..
    terima kasih tuan =)

    ReplyDelete
  2. Hello, saya Encik Stahl, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman.
    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda.
    Jadi hubungi kami hari ini oleh E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete