![]() |
| Anak-anak pada kebanyakan masa berada bersama saya, suatu hari moga mengambil contoh & menjadi lebih baik dlm hidup mereka. Amin. |
![]() |
| Ayahanda & Bonda penyokong kuat saya :) |
![]() |
| Sesi perbincangan & lawatan tapak :) |
![]() |
| Isteri juga tulang belakang penyokong tegar saya. Terima kasih :) |
![]() |
| Lebih 100 kg dye & pelbagai bahan untuk cetakan tshirt untuk Aliza Tshirt cawangan Sri Serdang. |
![]() |
| Expose Unit untuk proses membuat blok. |
![]() |
| Rak DIY dibahagian produksi. |
![]() |
| Belum siap. |
![]() |
| Sudah dicuci & di mop. Alhamdulillah sudah bersih :) |
![]() |
| DIY table dari dulu yang menjadi salah satu Trade Mark Aliza Tshirt. Tidak penting bagaimana tetapi hasilnya. :) |
![]() |
| Kelengkapan dapur di Hostel Pekerja. :) |
Bila membuka satu perniagaan, prinsip saya adalah mulakan dengan modal paling minima. Jalan dulu, bila sudah ada jualan tambah baik di mana-mana sedikit demi sedikit. Ramai orang berhabis tp jualannya belum tentu. Ingat pesan guru, bila kita berjaya membuka satu perniagaan dan perniagaan itu berjalan dengan baik.. belum tentu perniagaan baru yang kita buka hasilnya sama. Untuk itu sediakan 'peta' & sistem yang baik supaya risiko kegagalan dapat dikurangkan.
Kenapa mulakan dengan modal minima? Supaya Titik Pulangan Modal yang dibuat dapat disegerakan. Jika Modalnya rendah sudah tentulah pulangan modalnya lebih cepat berbanding modal yang tinggi. Perlu diingat tempoh 1 ke 6 bulan pertama (bergantung kepada brp cepat & efektif makluman kita untuk membuat pelanggan sedar kewujudan kita) adalah waktu untuk pelanggan mengenali perniagaan kita. Tempoh ini adalah tempoh survival & kami mensasarkan telah berupaya untuk sampai ke Titik Pulang Modal lebih awal dari tempoh ini. InshaAllah doakan kami :)
Boleh anda teka berapa agaknya kos ubahsuai & kelengkapan yang kami keluarkan berdasarkan gambar yg saya kongsi (belum 100%)? (Teka dulu, nanti saya jawab) :)
Ubahsuai melibatkan, sebuah bilik pejabat & ruang pameran, hostel pekerja dengan 2 buah bilik tidur, ruang dapur, bilik gelap (Dark Room) utk membuat blok, bilik solat (surau) dan ruang produksi.
------------------------------------------------
Isnin 24hb Sept, tiba-tiba shj 2 org penting dlm hidup saya muncul. Tiada sebarang signal tiba-tiba mereka terpacul di pejabat sy di Aliza Tshirt Bangi. Meraka adalah ayahanda & bonda sy yg selami ini adalah penyokong kuat & tegar saya. Mereka sumber kekuatan saya. Merekalah tulang belakang yang selalu menyokong di waktu jatuh / bangun saya dalam perniagaan. Betapa beruntungnya saya diberikanNya ibu bapa yang sangat menyokong kuat tiap usaha kecil saya di saat orang lain tidak meyakini usaha saya. Alhamdulillah saya ada mereka.
Kesempatan ini saya bawa mereka berkunjung ke Aliza Tshirt Serdang sambil meninjau-ninjau progress di sana. Tiada ucapan tahniah atau penghargaan, hanya riak mereka kelihatan tanda teruja seperti kebiasaan.
Sokongan kuat selama ini saya kreditkan juga untuk isteri dan anak-anak yg selama ini memberi ruang & sanggup berada di samping saya tidak kira apa masa baik susah atau senang. Mereka juga antara anchor dlm kelangsungan Aliza Tshirt hingga kini. Saya doakan yg terbaik utk mereka semua dunia & akhirat.
------------------------------------------------------
Bagi pelanggan & bakal pelanggan Aliza Tshirt, ramai yang bertanyakan bilakah Aliza Tshirt Serdang akan beroperasi? Jawapan saya, InshaAllah, bulan Oktober Ini kami akan beroperasi sepenuhnya di cawangan Sri Serdang. Sokongan kalian amat kami hargai!
Hingga hari ini (24-9-2014) sudah 95% progress. Baki 5% inshaAllah dpt disudahkan dlm minggu hadapan dan menjelang Oktober ini kami inshaAllah telah bersedia menerima kunjungan kalian semua. :)
Jemput datang ye :)
Ali MS
#AlizaTshirt
#AlizaTshirtSerdang




















