Thursday, November 27, 2014

Kisah kejayaan selalu dihidang di depan mata, Kisah kegagalan?




Bismillahirahmanirrahim..

Sudah agak lama tidak menulis. Pertama sebab kesihatan kurang mengizinkan dan keduanya, agak sibuk dengan aktiviti biasa bisnes..Inipon, sudah lewat malam begini baru berkesempatan mahu menulis.

Seperti biasa sy bukanlah selayaknya untuk menulis tips apatah lagi memberi nasihat kerana sy bukanlah sesiapa, seorang usahawan BUDAK HINGUSAN yang masih jauh perjalanan & masih byk perlu dipelajari sepanjang perjalanan ini.

Saya terpanggil untuk menulis kerana kebelakangan ini mendengar, terbaca dan diceritakan dengan kisah2 tragis usahawan kita yang terpaksa mengalami kerugian besar, risiko disaman, gulung tikar dan dikejar pelanggan dan pembekal dek kerana pelbagai alasan tidak mampu melangsaikan hutang. Saya juga menulis untuk peringatan kpd diri sendiri supaya tidak leka dalam perjalanan ini.

Sebelum itu biar saya kategorikan jenis usahawan yang wujud dari pemerhatian saya dari pengalaman bbrp tahun dalam bidang cetakan tekstil & cenderamata.

Antara jenis usahawan dari pemerhatian saya:

1) Usahawan cari harga termurah

- usahawan ini kejar harga murah dari pembekal. Ada saja yg offer harga murah pasti mahu dicuba sekalipon sudah ada "Steady Supplier" yang diketahui kemampuannya untuk 'deliver' barang dengan baik, kualiti terjaga, servis baik (jika rosak akan diganti) dan 'boleh deliver on time'. Dia tetap tertarik dengan tawaran harga murah gila-gila yang adakalanya 'tak masuk akal'. Asalkan kosnya minimal dan untungnya bakal maksima.
Apa yang berlaku, akhirnya dia terperangkap dengan "Scammer" yang kerjanya mencari mangsa yg suka tawaran harga murah.. ambil duit.. barangnya tak sampai-sampai..akhirnya pelanggan buat laporan polis, mahu saman dan mahu wang refund.. duit sudah hangus.. mana mau cari?

Saya pernah kongsikan tentang kelebihan 'setia' kepada pembekal dalam posting saya yang lepas. Boleh cuba cari ye.

2) Usahawan suka lawan harga termurah

- Usahawan jenis ini suka lawan harga termurah. Asal ada sahaja usahawan lain buat tawaran harga murah, diapon cepat akan turunkan harga untuk barang2nya.. asal saja ada perbezaan antara harga kos & harga jual walaupon RM0.10 sudah dikira untung.. Dia tidak ambil kira gajinya sebab dia bekerja sendiri..dia sendiri buat marketing, dia sendiri jumpa customer, dia sendiri beli barang, dia sendiri buat dan dia sendiri jual. Sangkanya untung RM0.10 itu sudah memadai walaupon untuk 1 barang. Lama2 pelanggan pasti bertambah fikirnya.

Untung RM0.10 atau RM0.01 itu tidak salah, tetapi ukurlah dengan Volume pembelian pelanggan. Jika dia beli satu barang untung RM0.10 adalah tidak memadai dengan kos2 terlibat seperti panggilan telefon, kos pengangkutan, kos risiko kesilapan & pelbagai kos utiliti yang terlibat sekalipon bisnes dari rumah..Bil tetap perlu dibayar.

Sekiranya jumlah pembelian pelanggan adalah 10000 unit sebagai contoh, barulah nilai RM0.10 itu menjadi "MATERIAL".

3) Usahawan pusing duit pelanggan open market untuk projek L.O

- usahawan ini pula kejar job L.O yang marginnya agak 'memukau' mata. Silapnya guna modal dari duit pelanggan open market. Sangkanya boleh pusing modal bila bayaran LO diterima nanti, sempatlah deliver barang pelanggan open market pula. Tiba-tiba bayaran LO sangkut. Barang di'reject' pelanggan LO. Satu sen tidak dibayar. Jobnya besar. Modalnya dari 20 orang pelanggan open market yang membuat tempahan. Masa dijanjikan sudah tiba. 20 pelanggan mahukan barang mereka yang ditempah, tetapi duit sudah tersangkut dalam job LO. Daripada 20, 10 pelanggan sudah tidak boleh sabar dan beri ugutan. Sekarang mahu buka kedai pon takut, Papan tanda kedai pon terpaksa diturunkan malam-malam. Hati tidak tenang, mana mahu cari modal untuk deliver semua barang tempahan pelanggan. Terpaksa ubah rutin. Keluar hanya boleh waktu malam. Takut-takut terserempak.

4) Usahawan trend

- Usahawan ini hanya ikut 'trending'.. Bila trend permintaan sesuatu barang itu tinggi, dia nampak ada untung dia juga mahu ikut serta. Kemudian, bila tren berakhir, dia keluar dan ikut pula trend terbaru.. beli peralatan, mesin dan macam-macam.. bila trend berakhir dia tak boleh survive, terpaksa jual mesin & peralatan walaupon ada yang baru guna beberapa bulan. Harga mesin baru dan terpakai sangat jauh berbeza sekalipon ianya baru diguna sekali.

Bisnes ikut trend bagi saya tidaklah menjadi kesalahan tetapi kena bijak kenalpasti trending yang boleh bertahan agak lama & bijak mencari jalan keluar kepada trend baru yang menguntungkan. Cuma dia tiada kepakaran khusus dan dilihat berniaga 'hangat-hangat tahi ayam;.

5) Usahawan suka hutang & joli

- Usahawan ini suka buat hutang, walaupon dia ada duit dan mampu bayar segera. Dia suka tangguh sebab suka lihat jumlah duit yang banyak dalam akaunnya. Hakikatnya, duit itu bukan dia punya. Duit itu duit-duit hutang pembekal yang dia belum bayar. Bila duit banyak, dia upgrade handphone, upgrade kereta, upgrade rumah, bercuti di luar negara dan lain-lain. Bila sampai masanya dia perlu bayar pembekal, rupanya akaunnya sudah negatif kerana yang lebihnya sudah dibelanja utk kegunaan sendiri.

6) Usahawan berhutang buat hutang

- usahawan ini meminjam untuk buat pinjaman. Dia meminjam untuk tunjukkan kemampuan untuk buat pinjaman. Bila pinjaman lulus, ada 2 lubang perlu ditutup setiap bulan. Sangkanya buat skala besar baru untung besar. Kesilapannya, persediaan diri dalam menguruskan skala besar belum ada. Biasanya kapasiti pengeluaran 30kg sehari bila skala dibesarkan dengan duit pinjaman kapasiti pengeluaran adalah 30 tan. Channelnya belum ada, tidak tahu mahu disalur di mana. Akhirnya barang siap berhabuk & rosak. Perlu cari stor yang besar untuk simpanan. Kos bertambah tapi barang tidak terjual. Ini yang sy sebut dalam tulisan terdahulu, mulakan dengan kecil. Bila sudah biasa uruskan yang kecil tingkatkan langkah demi langkah. Akhirnya kita mampu uruskan skala besar dengan baik. Tidak pernah salah buat pinjaman untuk membesarkan perniagaan tetapi belajar dari kecil agar tidak huru-hara menguruskan skala besar.

Ini antara 6 jenis usahawan yg sy perhatikan akhirnya akan mengalami kesulitan dalam perjalanan bisnes mereka. Semoga kita tidak leka & terhindar dari termasuk dalam 6 golongan ini.

Tak perlu tunggu kesempurnaan untuk bermula, redah saja! Tetapi redah lah dengan ilmu. Kisah kejayaan selalu dihidang di depan mata. Kisah kegagalan pula selalu terlihat di sekeliling kita. Jadi ambillah pengajaran, jangan terjunam di lubang yang sama.

Ia adalah pendapat peribadi saya sepanjang menjadi usahawan budak hingusan dlm beberapa bidang. Sekiranya ada pandangan berbeza saya alu-alukan pandangan dan pendapat tuan/puan. 




#AliMS


Wednesday, November 5, 2014

Turning Point ~



Inilah penyebabnya sy mula terjebak dalam industri cetakan tekstil.
Baju ini ada ceritanya. Selain meminati pasukan bolasepak ini dlm world cup , baju ini dibeli di satu Karnival di Terengganu bbrp tahun dulu (sudah lupa). Waktu itu sedang bercuti dengan keluarga (rasanya) atau menemani isteri berkursus (salah satu) tp yang pasti kami jalan-jalan di satu Karnival di Kuala Terengganu dan ternampak gerai jualan menjual pelbagai jersi.
Kami sambar jersi ini dan servis cetak imej dan nama adalah percuma diberi oleh peniaga ini. Boleh pilih pelbagai imej yg disediakan dan abjad2. Cetakan menggunakan blok (silkscreen).
Bermula dari sinilah saya tercari-cari ilmu cetak Silkscreen sebelum menemui beberapa orang guru yg sanggup mengajar dan berkongsi ilmu.
Waktu itu saya sudah berniaga dan selalu ikut serta dalam karnival-karnival tempatan. Praktis pertama sy buka servis cetak silkscreen dalam Karnival PD, Negeri Sembilan dan hasilnya orang ramai mengerumuni booth kami kerana kami satu-satunya booth yg buat 'live printing' dan gerai lain tutup jualan jam 10 mlm tapi gerai kami masih sibuk mencetak tempahan hingga azan Subuh (kebetulan tapak sebelah Masjid / Surau). Esok pagi jam 8, gerai perlu dibuka kembali utk sesi siang. Begitulah 3 hari di Karnival PD. Letih & tak mampu buat semuanya hingga terpaksa tolak banyak tempahan.






Inilah penangannya bila terus praktis ilmu yg baru dipelajari. 
Tipsnya, cari ilmunya..berguru dan bermentorlah dengan guru-guru yg telah terbukti berjaya. InshaAllah kita juga pasti menghampiri kejayaan.
Bak kata seorang sahabat dlm statusnya hari ini, berniaga tanpa ilmu boleh diterjemah sbg BERJUDI kerana menyerahkan nasib tanpa mempersiapkan diri.
Dari sinilah ianya bermula dan selepas itu terus menggali ilmu dari bbrp orang guru lagi.
Sekarang alhamdulillah sy tidak toleh ke belakang lagi.. Jalan terus!!
Mohon sahabat-sahabat doakan yg terbaik utk sy dan kita semua..