Thursday, November 27, 2014

Kisah kejayaan selalu dihidang di depan mata, Kisah kegagalan?




Bismillahirahmanirrahim..

Sudah agak lama tidak menulis. Pertama sebab kesihatan kurang mengizinkan dan keduanya, agak sibuk dengan aktiviti biasa bisnes..Inipon, sudah lewat malam begini baru berkesempatan mahu menulis.

Seperti biasa sy bukanlah selayaknya untuk menulis tips apatah lagi memberi nasihat kerana sy bukanlah sesiapa, seorang usahawan BUDAK HINGUSAN yang masih jauh perjalanan & masih byk perlu dipelajari sepanjang perjalanan ini.

Saya terpanggil untuk menulis kerana kebelakangan ini mendengar, terbaca dan diceritakan dengan kisah2 tragis usahawan kita yang terpaksa mengalami kerugian besar, risiko disaman, gulung tikar dan dikejar pelanggan dan pembekal dek kerana pelbagai alasan tidak mampu melangsaikan hutang. Saya juga menulis untuk peringatan kpd diri sendiri supaya tidak leka dalam perjalanan ini.

Sebelum itu biar saya kategorikan jenis usahawan yang wujud dari pemerhatian saya dari pengalaman bbrp tahun dalam bidang cetakan tekstil & cenderamata.

Antara jenis usahawan dari pemerhatian saya:

1) Usahawan cari harga termurah

- usahawan ini kejar harga murah dari pembekal. Ada saja yg offer harga murah pasti mahu dicuba sekalipon sudah ada "Steady Supplier" yang diketahui kemampuannya untuk 'deliver' barang dengan baik, kualiti terjaga, servis baik (jika rosak akan diganti) dan 'boleh deliver on time'. Dia tetap tertarik dengan tawaran harga murah gila-gila yang adakalanya 'tak masuk akal'. Asalkan kosnya minimal dan untungnya bakal maksima.
Apa yang berlaku, akhirnya dia terperangkap dengan "Scammer" yang kerjanya mencari mangsa yg suka tawaran harga murah.. ambil duit.. barangnya tak sampai-sampai..akhirnya pelanggan buat laporan polis, mahu saman dan mahu wang refund.. duit sudah hangus.. mana mau cari?

Saya pernah kongsikan tentang kelebihan 'setia' kepada pembekal dalam posting saya yang lepas. Boleh cuba cari ye.

2) Usahawan suka lawan harga termurah

- Usahawan jenis ini suka lawan harga termurah. Asal ada sahaja usahawan lain buat tawaran harga murah, diapon cepat akan turunkan harga untuk barang2nya.. asal saja ada perbezaan antara harga kos & harga jual walaupon RM0.10 sudah dikira untung.. Dia tidak ambil kira gajinya sebab dia bekerja sendiri..dia sendiri buat marketing, dia sendiri jumpa customer, dia sendiri beli barang, dia sendiri buat dan dia sendiri jual. Sangkanya untung RM0.10 itu sudah memadai walaupon untuk 1 barang. Lama2 pelanggan pasti bertambah fikirnya.

Untung RM0.10 atau RM0.01 itu tidak salah, tetapi ukurlah dengan Volume pembelian pelanggan. Jika dia beli satu barang untung RM0.10 adalah tidak memadai dengan kos2 terlibat seperti panggilan telefon, kos pengangkutan, kos risiko kesilapan & pelbagai kos utiliti yang terlibat sekalipon bisnes dari rumah..Bil tetap perlu dibayar.

Sekiranya jumlah pembelian pelanggan adalah 10000 unit sebagai contoh, barulah nilai RM0.10 itu menjadi "MATERIAL".

3) Usahawan pusing duit pelanggan open market untuk projek L.O

- usahawan ini pula kejar job L.O yang marginnya agak 'memukau' mata. Silapnya guna modal dari duit pelanggan open market. Sangkanya boleh pusing modal bila bayaran LO diterima nanti, sempatlah deliver barang pelanggan open market pula. Tiba-tiba bayaran LO sangkut. Barang di'reject' pelanggan LO. Satu sen tidak dibayar. Jobnya besar. Modalnya dari 20 orang pelanggan open market yang membuat tempahan. Masa dijanjikan sudah tiba. 20 pelanggan mahukan barang mereka yang ditempah, tetapi duit sudah tersangkut dalam job LO. Daripada 20, 10 pelanggan sudah tidak boleh sabar dan beri ugutan. Sekarang mahu buka kedai pon takut, Papan tanda kedai pon terpaksa diturunkan malam-malam. Hati tidak tenang, mana mahu cari modal untuk deliver semua barang tempahan pelanggan. Terpaksa ubah rutin. Keluar hanya boleh waktu malam. Takut-takut terserempak.

4) Usahawan trend

- Usahawan ini hanya ikut 'trending'.. Bila trend permintaan sesuatu barang itu tinggi, dia nampak ada untung dia juga mahu ikut serta. Kemudian, bila tren berakhir, dia keluar dan ikut pula trend terbaru.. beli peralatan, mesin dan macam-macam.. bila trend berakhir dia tak boleh survive, terpaksa jual mesin & peralatan walaupon ada yang baru guna beberapa bulan. Harga mesin baru dan terpakai sangat jauh berbeza sekalipon ianya baru diguna sekali.

Bisnes ikut trend bagi saya tidaklah menjadi kesalahan tetapi kena bijak kenalpasti trending yang boleh bertahan agak lama & bijak mencari jalan keluar kepada trend baru yang menguntungkan. Cuma dia tiada kepakaran khusus dan dilihat berniaga 'hangat-hangat tahi ayam;.

5) Usahawan suka hutang & joli

- Usahawan ini suka buat hutang, walaupon dia ada duit dan mampu bayar segera. Dia suka tangguh sebab suka lihat jumlah duit yang banyak dalam akaunnya. Hakikatnya, duit itu bukan dia punya. Duit itu duit-duit hutang pembekal yang dia belum bayar. Bila duit banyak, dia upgrade handphone, upgrade kereta, upgrade rumah, bercuti di luar negara dan lain-lain. Bila sampai masanya dia perlu bayar pembekal, rupanya akaunnya sudah negatif kerana yang lebihnya sudah dibelanja utk kegunaan sendiri.

6) Usahawan berhutang buat hutang

- usahawan ini meminjam untuk buat pinjaman. Dia meminjam untuk tunjukkan kemampuan untuk buat pinjaman. Bila pinjaman lulus, ada 2 lubang perlu ditutup setiap bulan. Sangkanya buat skala besar baru untung besar. Kesilapannya, persediaan diri dalam menguruskan skala besar belum ada. Biasanya kapasiti pengeluaran 30kg sehari bila skala dibesarkan dengan duit pinjaman kapasiti pengeluaran adalah 30 tan. Channelnya belum ada, tidak tahu mahu disalur di mana. Akhirnya barang siap berhabuk & rosak. Perlu cari stor yang besar untuk simpanan. Kos bertambah tapi barang tidak terjual. Ini yang sy sebut dalam tulisan terdahulu, mulakan dengan kecil. Bila sudah biasa uruskan yang kecil tingkatkan langkah demi langkah. Akhirnya kita mampu uruskan skala besar dengan baik. Tidak pernah salah buat pinjaman untuk membesarkan perniagaan tetapi belajar dari kecil agar tidak huru-hara menguruskan skala besar.

Ini antara 6 jenis usahawan yg sy perhatikan akhirnya akan mengalami kesulitan dalam perjalanan bisnes mereka. Semoga kita tidak leka & terhindar dari termasuk dalam 6 golongan ini.

Tak perlu tunggu kesempurnaan untuk bermula, redah saja! Tetapi redah lah dengan ilmu. Kisah kejayaan selalu dihidang di depan mata. Kisah kegagalan pula selalu terlihat di sekeliling kita. Jadi ambillah pengajaran, jangan terjunam di lubang yang sama.

Ia adalah pendapat peribadi saya sepanjang menjadi usahawan budak hingusan dlm beberapa bidang. Sekiranya ada pandangan berbeza saya alu-alukan pandangan dan pendapat tuan/puan. 




#AliMS


Wednesday, November 5, 2014

Turning Point ~



Inilah penyebabnya sy mula terjebak dalam industri cetakan tekstil.
Baju ini ada ceritanya. Selain meminati pasukan bolasepak ini dlm world cup , baju ini dibeli di satu Karnival di Terengganu bbrp tahun dulu (sudah lupa). Waktu itu sedang bercuti dengan keluarga (rasanya) atau menemani isteri berkursus (salah satu) tp yang pasti kami jalan-jalan di satu Karnival di Kuala Terengganu dan ternampak gerai jualan menjual pelbagai jersi.
Kami sambar jersi ini dan servis cetak imej dan nama adalah percuma diberi oleh peniaga ini. Boleh pilih pelbagai imej yg disediakan dan abjad2. Cetakan menggunakan blok (silkscreen).
Bermula dari sinilah saya tercari-cari ilmu cetak Silkscreen sebelum menemui beberapa orang guru yg sanggup mengajar dan berkongsi ilmu.
Waktu itu saya sudah berniaga dan selalu ikut serta dalam karnival-karnival tempatan. Praktis pertama sy buka servis cetak silkscreen dalam Karnival PD, Negeri Sembilan dan hasilnya orang ramai mengerumuni booth kami kerana kami satu-satunya booth yg buat 'live printing' dan gerai lain tutup jualan jam 10 mlm tapi gerai kami masih sibuk mencetak tempahan hingga azan Subuh (kebetulan tapak sebelah Masjid / Surau). Esok pagi jam 8, gerai perlu dibuka kembali utk sesi siang. Begitulah 3 hari di Karnival PD. Letih & tak mampu buat semuanya hingga terpaksa tolak banyak tempahan.






Inilah penangannya bila terus praktis ilmu yg baru dipelajari. 
Tipsnya, cari ilmunya..berguru dan bermentorlah dengan guru-guru yg telah terbukti berjaya. InshaAllah kita juga pasti menghampiri kejayaan.
Bak kata seorang sahabat dlm statusnya hari ini, berniaga tanpa ilmu boleh diterjemah sbg BERJUDI kerana menyerahkan nasib tanpa mempersiapkan diri.
Dari sinilah ianya bermula dan selepas itu terus menggali ilmu dari bbrp orang guru lagi.
Sekarang alhamdulillah sy tidak toleh ke belakang lagi.. Jalan terus!!
Mohon sahabat-sahabat doakan yg terbaik utk sy dan kita semua.. 

Thursday, October 30, 2014

Seni berurusniaga ~



Kami sering menerima soalan dari sahabat-sahabat usahawan & agen-agen Aliza Tshirt yg dikasihi berkenaan bagaimana mahu 'close deal' dengan pelanggan. Aduan diterima selalunya adalah, sukar mahu close deal dengan pelanggan & pelanggan macam kurang yakin mahu teruskan urusan.

Jawapan pokok bagi soalan itu pastinya adalah ILMU. Jika tahu ilmunya maka mudahlah berurusniaga.

Di Aliza Tshirt, kami pastikan untuk cuba berkongsi dengan ahli team tentang seni untuk close deal bila mereka berurusan dengan pelanggan. Berikut adalah 9 tips yang sering kami pesan untuk dipraktikkan sepanjang urusniaga :

1) Kuasa Nombor Ganjil
Buka harga guna nombor ganjil - psikologinya pelanggan merasa lebih murah dengan nombor ganjil. Anggapan selalunya nombor ganjil adalah harga pengilang dan nombor genap adalah harga peruncit (Ada kajian kes yang dibuat berkenaan ini)

2) Buat Pelanggan Cemas:
Bila pelanggan cemas, ia akan cepat close deal. Contohnya, selepas beri harga & beri penjelasan tentang barang atau perkhidmatan kita, kita beritahu, sekarang musim hujung tahun tempahan biasanya agak sesak, jika mahu barangan tuan / puan siap cepat dalam tempohnya, tuan / puan perlu sahkan hari ini / sebelum jam 2 petang.

Boleh juga gunakan TAWARAN TERHAD seperti, kita ada diskaun sekarang tetapi diskaun ini hanya untuk 3 orang terawal sahaja. Pelanggan akan berfikir mahu segera sahkan tempahan untuk dapatkan diskaun yang dijanjikan.

3) Buka 2 harga (sebutkan)
Biasa bila membayar makanan selepas makan di restoran & kedai makan, pengusaha kedai makan membuat kira-kira harga makanan yang telah di pesan adalah RM19.50. Dialognya begini," Semua RM19.50, beri saya RM19 sahaja". Pelanggan akan rasa gembira dan berfikir yang pengusaha ini seorang pemurah kerana tidak ambil kira RM0.50 tadi. (Jumlahnya kecil tetapi impaknya besar). Pastikan sebut kedua-dua harga.

4) Seni tawar-menawar - Harga hak kita
Sekiranya kita bukan berniaga di kedai harga tetap, pelanggan akan cuba tawar-menawar. Jangan takut beri harga. Ianya Hak kita (sekiranya ia bukan barang kawalan) tetapi dengan seni tawar-menawar yang baik pastinya akan dapat suatu harga yang pelanggan rasa selesa & kita rasa gembira. Ianya situasi menang-menang.

5) Sambut panggilan telefon dengan senyuman
Angkat panggilan telefon & bercakap dengan senyuman. Pelanggan pastinya tidak dapat melihat kita tetapi kemesraanya dapat dirasai. Bila hati memberi maka hati jugalah yg merasa.

6) Air mineral & gula-gula di kaunter perkhidmatan
Tips ini kami cuba amalkan. Cuma ada masanya terputus juga dek kerana kesibukan dengan kerja-kerja hingga tidak berkesempatan untuk restock bila ianya habis. Ia membuat pelanggan rasa dihargai & seronok berurusan.

7) Jualan pertama setiap hari
Jualan pertama membuka pintu-pintu jualan seterusnya. Bagi masyarakat Cina, jualan pertama menentukan 'Ong' pd hari tersebut. Maka seboleh mungkin mereka akan cuba close deal biarpon untungnya tipis.

8) Pelanggan Positif - mudah urusan
Kami juga cuba mengekalkan ini biarpon adakalanya ter'jodoh' juga dengan pelanggan yang negatif. Klu (clue) nya mudah, pelanggan yang positif, mudah urusan.

9) Tawakal
Akhir setiap perkara adalah Tawaktualallah..Setiap rezeki itu pastinya dari Dia.. selepas usaha, percaya sahaja bahawa jika itu rezeki kita milik kita, maka Dia pasti akan hadirkan untuk kita. Pasti pernah berlaku, pelanggan sudah tawar-menawar, sudah diberi penerangan & penjelasan secukupnya akhirnya berakhir dengan dialog " OK takpelah, nanti jika saya berminat, saya hubungi tuan / puan semula". Kita tahu jawapan ini petanda urusniaga akan berakhir di situ. Alih-alih lepas 3-4 hari datang pula bawa se'bundle cash' mahu terus sahkan urusniaga. Alhamdulillah :)

#AliMS



Wednesday, September 24, 2014

Sebalik Tabir Aliza Tshirt ~


Anak-anak pada kebanyakan masa berada bersama saya, suatu hari moga mengambil contoh & menjadi lebih baik dlm hidup mereka. Amin.

Ayahanda & Bonda penyokong kuat saya :)


Sesi perbincangan & lawatan tapak :)

Isteri juga tulang belakang penyokong tegar saya. Terima kasih :)





Lebih 100 kg dye & pelbagai bahan untuk cetakan tshirt untuk Aliza Tshirt cawangan Sri Serdang.

Expose Unit untuk proses membuat blok.



Rak DIY dibahagian produksi.

Belum siap.

Sudah dicuci & di mop. Alhamdulillah sudah bersih :)

DIY table dari dulu yang menjadi salah satu Trade Mark Aliza Tshirt. Tidak penting bagaimana tetapi hasilnya. :)



Kelengkapan dapur di Hostel Pekerja. :)

Sudah hampir hampir 1 bln sy & team bekerja tanpa cuti. 7 hari seminggu dan lebih 14 jam sehari. Semuanya gara-gara persiapan Aliza Tshirt, cawangan Serdang.

Bila membuka satu perniagaan, prinsip saya adalah mulakan dengan modal paling minima. Jalan dulu, bila sudah ada jualan tambah baik di mana-mana sedikit demi sedikit. Ramai orang berhabis tp jualannya belum tentu. Ingat pesan guru, bila kita berjaya membuka satu perniagaan dan perniagaan itu berjalan dengan baik.. belum tentu perniagaan baru yang kita buka hasilnya sama. Untuk itu sediakan 'peta' & sistem yang baik supaya risiko kegagalan dapat dikurangkan.

Kenapa mulakan dengan modal minima? Supaya Titik Pulangan Modal  yang dibuat dapat disegerakan. Jika Modalnya rendah sudah tentulah pulangan modalnya lebih cepat berbanding modal yang tinggi. Perlu diingat tempoh 1 ke 6 bulan pertama (bergantung kepada brp cepat & efektif makluman kita untuk membuat pelanggan sedar kewujudan kita) adalah waktu untuk pelanggan mengenali perniagaan kita. Tempoh ini adalah tempoh survival & kami mensasarkan telah berupaya untuk sampai ke Titik Pulang Modal lebih awal dari tempoh ini. InshaAllah doakan kami :)

Boleh anda teka berapa agaknya kos ubahsuai & kelengkapan yang kami keluarkan berdasarkan gambar yg saya kongsi (belum 100%)? (Teka dulu, nanti saya jawab) :)

Ubahsuai melibatkan, sebuah bilik pejabat & ruang pameran, hostel pekerja dengan 2 buah bilik tidur, ruang dapur, bilik gelap (Dark Room) utk membuat blok, bilik solat (surau) dan ruang produksi.

------------------------------------------------

Isnin 24hb Sept, tiba-tiba shj 2 org penting dlm hidup saya muncul. Tiada sebarang signal tiba-tiba mereka terpacul di pejabat sy di Aliza Tshirt Bangi. Meraka adalah ayahanda & bonda sy yg selami ini adalah penyokong kuat & tegar saya. Mereka sumber kekuatan saya. Merekalah tulang belakang yang selalu menyokong di waktu jatuh / bangun saya dalam perniagaan. Betapa beruntungnya saya diberikanNya ibu bapa yang sangat menyokong kuat tiap usaha kecil saya di saat orang lain tidak meyakini usaha saya. Alhamdulillah saya ada mereka.

Kesempatan ini saya bawa mereka berkunjung ke Aliza Tshirt Serdang sambil meninjau-ninjau progress di sana. Tiada ucapan tahniah atau penghargaan, hanya riak mereka kelihatan tanda teruja seperti kebiasaan.

Sokongan kuat selama ini saya kreditkan juga untuk isteri dan anak-anak yg selama ini memberi ruang & sanggup berada di samping saya tidak kira apa masa baik susah atau senang. Mereka juga antara anchor dlm kelangsungan Aliza Tshirt hingga kini. Saya doakan yg terbaik utk mereka semua dunia & akhirat.


------------------------------------------------------

Bagi pelanggan & bakal pelanggan Aliza Tshirt, ramai yang bertanyakan bilakah Aliza Tshirt Serdang akan beroperasi? Jawapan saya, InshaAllah, bulan Oktober Ini kami akan beroperasi sepenuhnya di cawangan Sri Serdang. Sokongan kalian amat kami hargai!

Hingga hari ini (24-9-2014) sudah 95% progress. Baki 5% inshaAllah dpt disudahkan dlm minggu hadapan dan menjelang  Oktober ini kami inshaAllah telah bersedia menerima kunjungan kalian semua. :)

Jemput datang ye :)


Ali MS
#AlizaTshirt
#AlizaTshirtSerdang