30-10-2013 (12.45 am) : Alhamdulillah baru sampai rumah selepas 3 hari seminar yg sarat dgn ilmu.. sangat menginsafkan dan syukur diberi Allah peluang untuk terus belajar dan terima kasih kepada mentor DAO serta Richworks penganjur program yg hebat.
Balik dari seminar 'terbuka' hati ini untuk berkongsi kisah 'Mati Hidup Semula' saya yang mungkin boleh dijadikan iktibar & panduan pembaca -sesiapa sahaja di luar sana. Saya bukanlah orang yang bagus dalam penulisan tetapi saya akan cuba sampaikan perkongsian ini dengan cara yang terbaik yang saya mampu agar ada yang boleh mendapat manfaat darinya. InshaAllah.
Mungkin ramai tidak mengenali saya, jadi biarlah saya mulakan kisah saya dengan memperkenalkan diri.
Nama saya: Ali MS atau lebih dikenali di kalangan rakan perniagaan / rakan seindustri sebagai Ali AlizaTshirt. Saya merupakan PENGASAS ALIZA TSHIRT PRINTING & sekarang adalah PRESIDEN PERSATUAN TSHIRT PRINTING MALAYSIA (TPM).
Kepakaran saya adalah membantu sesiapa sahaja yg berminat untuk MENJADI USAHAWAN dalam perniagaan percetakan tshirt dengan PANTAS & MODAL KURANG DARI RM1K dengan FORMULA cetakan tanpa mesin yg mahal & alatan DIY yang murah.
Seminar IJI anjuran Richworks yang saya hadiri selama 3 hari ini buat saya rasa cukup INSAF dengan diri saya sendiri. Hari pertama seminar, saya masih agak SKEPTIKAL & WAS-WAS dengan pengisian & kandungan seminar yang saya hadiri walaupon dengan KEMAHUAN SAYA SENDIRI (tiada paksaan - saya sendiri cari, saya sendiri bayar & saya sendiri datang). Manakan tidak, terdapat begitu banyak seminar dan kursus yang tiada kualiti & hanya ingin mengaut untung di negara kita ini. Namun, hari kedua & ketiganya buat saya BENAR-BENAR insaf hingga tidak sedar air mata lelaki ini boleh mengalir buat sekian kali (biarpon saya tahu saya seorang yang cukup tabah menghadapi banyak dugaan yang pernah saya lalui) tanpa dapat ditahan-tahan (Bukan kerana kisah sedih yang diceritakan. Hanya banyak perkongsian kejayaan dari orang-orang hebat yg asalnya tiada apa-apa sehingga mereka berjaya menjadi 'seseorang'). Sepatutnya kisah-kisah ini kisah gembira (Happy Ending Story). Tetapi, mungkin dek kerana saya CUKUP TERKESAN oleh sebab saya juga pernah merasa kejayaan seperti mereka tetapi akhirnya saya 'jatuh terduduk' hingga tak punya apa-apa. Saya dapat rasai (feel) bagaimana perasaan mereka bila mereka berada di tahap itu.
Ramai orang termasuk keluarga & sahabat-sahabat persatuan & perniagaan saya tidak pernah tahu bahawa saya dulunya adalah CEO syarikat AMS AWRA SDN BHD yang membekal barangan bayi jenama sendiri - mempunyai 5 STOKIS di 5 buah negeri dan LEBIH 300 AGEN DISELURUH MALAYSIA termasuk Sabah, Sarawak & Brunei. Perniagaan saya lancar dan produk saya pernah mendapat permintaan dari AUSTRALIA, ZIMBABWE & NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH selain sambutan di dalam negara. Saya mempunyai barisan staf dari PENGURUS, EKSEKUTIF-EKSEKUTIF serta ada P.A saya sendiri. JUALAN syarikat mencecah RATUSAN RIBU sebulan dan saya mampu 'bergelar jutawan'.
Tetapi oleh kerana beberapa perkara (yang akan saya kongsikan kemudian) perniagaan saya jatuh (walaupon kejatuhan itu saya sedari agak awal) tanpa dapat saya kawal dan sekat. Jatuh dalam perniagaan BUKANLAH sesuatu yang saya jangka (tiada persediaan) menyebabkan saya benar-benar 'tersungkur' hingga saya tak punya apa-apa. ZAMAN KEJATUHAN buat saya rasa seakan mahu mati (biarpon saya seorang yang sangat positif) dek kerana 'sakitnya' kejatuhan itu.
Perkara yang benar-benar buat saya MENANGIS adalah apabila saya terpaksa BERHUTANG DENGAN IBU BAPA (yang selalu bangga dengan apa yang saya buat, apa yang saya capai, sokong apa sahaja yang saya buat & usahakan) hanya untuk MEMBELI SUSU ANAK yang ketika itu masih kecil. Anak kecil ini tidak tahu apa-apa & memerlukan susu untuk terus membesar dengan baik. Saya rasa 'sangat kerdil, 'berdosa' dan malu kerana mengecewakan ibu bapa, isteri & anak-anak dengan apa yang saya buat. Bayangkan saya sendiri terpaksa 'ikat perut' dengan MAKAN MI SEGERA YANG DIPOTONG 2 untuk 1 bahagian makan tengahari & 1 bahagian lagi makan malam.
Pekerja terpaksa saya kurangkan, pejabat terpaksa saya pindahkan dari pejabat besar, saya sewa pejabat / kedai yg besarnya tak lebih dari sebuah bilik tidur bujang. Namun saya tidak putus asa, saya terus 'gagahkan' juga biarpon skala perniagaan saya telah semakin mengecil kerana saya masih mempunyai stok produk bernilai lebih SETENGAH JUTA.
Ketentuan Allah, bisnes saya bukan makin baik tetapi MAKIN TERUK walaupon pelbagai perkara dan cara telah saya usahakan sehinggalah saya terpaksa tutup kedai dan tawarkan orang untuk ambil alih.
Tetapi syukur pada Allah kerana dalam tempoh itu saya masih dapat berfikir (walaupon tidak berapa waras) untuk mencari perniagaan alternatif lain (bagaimana saya terjebak dalam perniagaan itu akan diceritakan kemudian) iaitu KOLAM MEMANCING KOMERSIAL (yang akhirnya juga kurang berjaya) & PERNIAGAAN CETAK TSHIRT.
Alhamdulillah perniagaan cetak tshirt ini sahaja yang terus bertahan & mula berkembang (melalui proses yang hampir sama dengan perniagaan barangan bayi yang saya usahakan dulu) dan dalam bidang ini jugalah saya temui 'JIWA' (Passion) saya. Saya belajar banyak perkara sepanjang kejatuhan perniagaan saya antaranya ialah saya KURANG ILMU, TIADA MENTOR & TIADA SISTEM biarpon saya mempunyai IMPIAN YANG CUKUP JELAS dan TINDAKAN YANG PANTAS (tetapi membabi buta).
Sepanjang beberapa tahun, saya tercari-cari ilmu dan orang-orang berjaya yang boleh MEMBIMBING SAYA menjalankan perniagaan dengan betul. Saya tahu memang ramai orang berjaya didalam negara (termasuk bangsa saya) tetapi saya tidak jumpa orang berjaya yang mahu 'berkongsi' formula kejayaan mereka (mungkin dek kerana kesibukan mereka 'mengira setiap RM yang masuk' seperti saya suatu masa dulu yang juga 'takut' berkongsi walaupon hanya 'sedikit' yang saya kecapi - takut terjejas 'periuk nasi' saya).
Atas kesedaran ini, saya telah mula 'berkongsi kek' melalui kursus-kursus yang saya tawarkan melalui perniagaan baru saya ini sejak 3 tahun yang lalu. Kepuasan tidak tergambar bila dapat lihat ramai orang lain boleh berjaya seperti saya (malah ada yang lebih besar) melalui kursus-kursus ini. Saya mungkin tidak mendapat apa-apa royalti atau perkongsian keuntungan dari mereka tetapi saya yakin bahawa saya telah 'menambah nilai' orang lain supaya 'ada ilmu' dan tidak gagal seperti saya suatu masa dulu.
Maka benarlah kata-kata mereka yang berjaya bahawa "Pelaburan yang TERBAIK adalah Pelaburan untuk ILMU"
ALI MS
Pengasas Aliza Tshirt
dan; Presiden Persatuan Tshirt Printing Malaysia (TPM)



nice bro...... teruskan berkongsi pengalaman : )
ReplyDeletet.kasih.. inshaAllah akan terus cuba berkongsi selepas ini... :)
Deletemohon sambungan cerita ya
ReplyDeleteInshaAllah sedang diusahakan.. Moga diberi Allah kekuatan untuk menulis kerana masa yg sangat terbatas.. :)
DeleteJgn risau utk berkongsi kek kerana kita x mmpu mghabiskan kek tersebut seorang diri....
ReplyDeleteye betul.. makin kita berkongsi semakin banyak yg Dia beri..
Deletesyabas dan tahniah tuan ali...semoga Allah meneruskan perjuangan untuk membantu anak bangsa sendiri...Alhamdulillah sy mempunyai seorang rakan yg amat2 prihatin...
ReplyDeletet.kasih atas sokongan tuan..moga tuan juga berjaya dalam perniagaan & perjuangan tuan. inshaAllah
Delete:) aNDA JUTAWAN INDUSTRI...
ReplyDeletet.kasih.. anda juga Jutawan Industri :)
Deletesangat mmberi inspirasi..
ReplyDeletesemoga satu hari tuan dapat dudk di hot seat program DAO untuk berkongsi dgn ramai kisah tuan.