Hari ini ambil anak yg paling kecil - 5 tahun (lebih mesra dengan panggilan adik) dari rumah asuhan & kemudian kami memandu pula menuju sekolah anak yg sulong (kak long).
Dalam perjalanan, berborak dengan adik ttg apa yg dia belajar di sekolah tadikanya (Smart Reader Kids) hari ini. Selesai bercerita tentang pelajarannya hari ini, adik menyambung.
"Papa, cita-cita adik nak jual nasi lemak"
"Huh? kenapa cita-cita nak jual nasi lemak?", tanya saya pelik.
"Yelah, adik nak jual nasi lemak dengan kak long", katanya.
"Adik nak jual nasi lemak kat Vietnam, Ho Chi Minh. Nanti papa dgn ibu datang makan ye", sambungnya..mungkin kerana dlm awal tahun ini kami sekeluarga ada bercuti di Vietnam selain China & Singapore yang pernah adik sampai sebelum ini seawal usianya 2/3 tahun (saya pon sudah kurang ingat).
Hmm.. baru hati saya lega & tersenyum sendiri. Sekurang-kurang tidaklah terlalu kecil & rendah cita-cita adik. Sebenarnya, dari pemerhatian saya semasa berada di mana-mana negara luar, makanan Malaysia sangat diterima baik & menjadi makanan antarabangsa di sana. Harganya jauh berlipat kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan harga asal makanan yang sama di dalam negara. Saya pernah berjumpa pengusaha restoran makanan Malaysia yang mempunyai banyak cawangan & terkenal di serata dunia tetapi tidak ada satu pon cawangannya di Malaysia.
Alhamdulillah moga cita-cita & sifat keusahawanan berputik & tumbuh subur dalam diri anak-anak kita kerana bagi yang beragama Islam berniaga adalah juga Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Wallahualam.
Catatan :
Ali MS
#AliAlizaTshirt #AlizaTshirtPrinting

nota: gambar latihan di sekolah gimnastik di China seawal usia kanak-kanak. Melihat pada gambar, tidak mustahillah mereka mempunyai kedudukan yang baik dalam acara itu di dunia.