Wednesday, October 9, 2013

KISAH SAYA ~ SAYA ANAK PENEROKA :)

(Gambar: Bersama adik di depan rumah felda sebelum sekarang telah diubahsuai)


Sambungan Kisah Saya:

Ramai tidak tahu yang saya adalah anak peneroka. Tak Percaya? Ye anak peneroka.. orang kampung yang datang dari kawasan ladang sawit. Yang tak biasa hidup dengan kesibukan bandar sebelum ini. Sebab tu kadang-kadang saya tak suka jalan-jalan di Bandar KL sebab 'semak' dengan hiruk pikuk, jalan jem & sikap tak peduli semua orang.

(Gambar: dengan adik masa di rumah Kluang, Johor)

Hehe.. tapi sekarang saya dah mula terima hakikat selepas dah bertahun-tahun mengharung hidup di Lembah Klang ni bahawa di sini ada banyak punca rezeki bagi mereka yang berusaha. Ada banyak info teknologi yang boleh diaplikasi untuk capai kejayaan. Alhamdulillah sekarang lebih terbuka.

Mak & Abah saya alhamdulillah masih sihat. Mereka menetap bagi mencari rezeki membesarkan anak-anak di Felda Trolak Selatan, Sungkai, PERAK. Sebelum ini kami pernah menetap di rumah estet di Kluang, JOHOR. Terima kasih tak terhingga buat mereka berdua kerana berusaha yang terbaik membesarkan kami semua 7 beradik. Ada 2 orang adik perempuan yang masih belajar di Universiti Malaya & baru graduate dari USM, P.Pinang. Alhamdulillah berkat didikan & susah payah mak & abah kami mampu belajar hingga ke menara gading kerana bagi mereka pelajaran (ILMU) adalah penting buat bekal kami menyusuri kehidupan biarpon mereka 'BERGOLOK BERGADAI' menyediakan kami kelengkapan & perbelanjaan untuk meneruskan pelajaran. Alhamdulillah besar rahmat yg Dia beri kerana mempunyai mak & abah yang SEBAIK MEREKA. Saya doakan kebahagian, kesihatan yang baik & syurga bagi mereka berdua. Saya berhajat mahu bawa mereka menunaikan Haji dengan duit saya sendiri satu hari nanti, InshaAllah. Aminn..

Minat berniaga saya sebenarnya telah bermula waktu disekolah lagi. Semasa sekolah;

1) Saya join PERSATUAN USAHAWAN MUDA - jual makanan ringan, bihun sup & burger di asrama sekolah.

(Gambar: saya ada bakat gunting rambut. Dengan tshirt yang saya lukis guna marker pen)


2) Saya jadi TUKANG GUNTING RAMBUT di Kedai Gunting Asrama Sekolah. Minat ni diteruskan sampai di Universiti pon masih gunting rambut kawan-kawan.
3) Lepas SPM, saya bekerja di Kilang Aircond Kereta di Serdang.

Kemudian, sambung pelajaran peringkat Diploma Perakaunan. Dalam tempoh tu:

(Gambar: masa belajar ambil peluang jual komputer, software & hardware)

4) Saya buat bisnes JUAL KOMPUTER, SOFTWARE & HARDWARE.
5) Jual kerepek dalam pesta konvo yang mak saya buatkan.

Kemudian saya bekerja & sambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjanamuda Perakaunan. Saya mula bekerja sebagai PENOLONG AKAUNTAN dan selepas tamat belajar Ijazah, saya terima tawaran bekerja sebagai PEGAWAI KEWANGAN (AKAUNTAN). Dalam tempoh bekerja sebenarnya hati saya memberontak kerana 'PASSION' (jiwa) saya mahu keluar berniaga. Masa tu saya tak tahu apa jenis perniagaan yang saya nak buat. Sepanjang bekerja saya dah mulakan bisnes:

6) Join sebagai WAKIL JUALAN TM - buka payung & meja duduk di persimpangan mana-mana taman & daftarkan line telefon & internet.

 (Gambar: masa buat pendawaian elektrik di tempat pelanggan)

7) Saya mula buat bisnes ELEKTRIKAL WIRING & PEMASANGAN dengan 3 orang kawan yang akhirnya kami berpecah. 2 orang lagi teruskan makan gaji hingga sekarang.
8) Saya decide untuk teruskan sendiri & kembangkan bisnes kepada RENOVATION, PLUMBING, PLASTER CEILING, AIR COND, ALARM SYSTEM selain elektrikal yang diluaskan dari wiring single phase kepada 3 phase (Industri). Satu masa, saya pernah terpaksa ulang alik ke 6 tapak projek (site) untuk pantau perkembangan projek. Saya dapat gajikan pekerja Indonesia seramai 15 orang. Beli panel van untuk angkut barang yang kemudiannya saya dapat beli FORD RANGER 4X4 untuk lebih kuat & mudah bawa barang.

(Gambar: buat jualan barangan bayi di satu ekspo)

9) Saya tertarik dengan inovasi lampin kain moden & nampak peluang. Bermula dengan AGEN di sebuah syarikat yang mengedar produk ini, saya mula buat produk saya sendiri dan bisnes ini 'MELETUP' dengan izinNya selepas dapat liputan 3 MUKA PENUH sebuah akhbar. Saya kembangkan perniagaan & tambah produk. Saya masih bekerja dan saya ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan yang akhirnya saya tender notis 24 jam selepas berbincang dengan Ketua Jabatan saya. Perniagaan mampu jana pendapatan 6 ANGKA SEBULAN. Bisnes mula jatuh, selepas saya 'terlalu fokus' pada pinjaman 1.5 JUTA yang dipohon dari sebuah badan & diakui 99% berjaya. Saya terlalu fokus untuk pastikan pinjaman yang dipohon betul-betul berjaya dan abaikan keperluan perkembangan syarikat yang sepatutnya berterusan. Akhirnya pinjaman tersebut tidak berjaya pon tanpa ada sebarang sebab. Buat rayuan pon tak berjaya.

10) Masa bisnes ni mula merosot, saya pindahkan pejabat ke Nilai, Negeri Sembilan (HQ asal di Kuala Lumpur) dan makin lama makin merosot kerana tapak kedai baru kurang strategik (sebab nak murah). Masa ni masih join banyak ekspo di luar. Pendapatan banyak bergantung pada ekspo-ekspo & jualan online sahaja). Booth saya di Giant & PKNS mula ditutup. Masa ni, barulah terfikir minat saya nak print tshirt dan cari maklumat. Saya terjumpa sorang pengusaha tshirt yg buat terus cetak tshirt di gerai mereka masa di ekspo TERENGGANU. Saya mula cari maklumat nak belajar cetak tshirt.

  (Gambar: Mula buat printing silkscreen di Karnival Port Dickson)

11) Jumpa Tuan Din (Arwah) dan belajar basic cetak tshirt kemudian belajar dengan tuan Azmie (Kursus Asas). Saya mula cetak tshirt di ekspo-ekspo yang saya join. Alhamdulillah sambutan OK tapi penat. Ada satu masa jualan tshirt lebih banyak dari jualan produk baby saya masa diekspo walaupon produk utama saya adalah barang baby (pelbagai).



12) Dapat offer ambil alih KOLAM MEMANCING KOMERSIAL, saya minat memancing dan saya rasa mungkin ini peluang. Saya terima & usahakan kolam memancing komersial ikan air tawar dengan nama ALIZA FAMILY FISHING. Kolam akhirnya terpaksa tutup juga sebab realise belanja pembelian ikan sangat tinggi, masa operasi yang panjang (24 jam sehari  7 hari seminggu) & kami tiada kolam simpanan ikan. Kolam yg ada kecil & tak sesuai untuk sebarang event memancing kerana hanya boleh tampung sekitar 30 - 40 orang dalam satu masa.
13) Saya mula serius cetak tshirt & ubah kedai baby kepada kedai cetak tshirt. Sambutan biasa-biasa sebab belum ada orang yang kenal. Kemudian, saya pindah ke kedai yang lebih besar dan mulakan semula dari kosong dengan nama ALIZA TSHIRT. Saya wujudkan group Tshirt Printing Malaysia (TPM) untuk ramaikan NETWORK dan bantu ajar apa yang saya tahu di samping belajar apa yang saya tidak tahu. Saya mula berkongsi apa yang saya ada melalui kursus & alhamdulillah ramai yang berjaya. TPM juga sedang menuju kepada Persatuan yang lebih baik & inshaAllah akan memberi IMPAK dalam industri tshirt bumiputera.(Tidak perlu tunggu kesempurnaan untuk lakukan sesuatu, kita boleh bermula dengan apa yang kita ada)
14) Alhamdulillah berkat sokongan Isteri, Anak-anak, mak & abah, adik-beradik, keluarga serta sahabat-sahabat & pelanggan Aliza Tshirt berkembang. Dari satu pintu, saya tambah lagi satu pintu kedai. Saya buka cawangan di Batu Pahat, Johor (sekarang saya tidak uruskan lagi - kedai masih ada hingga sekarang). Saya juga tambah ilmu Master Silkscreen (Custom CMYK) dengan Tuan Zam menjadikan Aliza Tshirt punya kelainan & identiti sendiri.

(Gambar: dengan kereta pertama yang dibeli dengan duit sendiri. Proton Saga je :))

(Gambar: saya ada sikit bakat melukis. Pernah juga jual lukisan saya)

(Gambar: ada sikit bakat berlakon - masa berlakon teater di universiti jadi Tok Kadi)

Gambar: Bersama kawan-kawan di Ipoh - sedang cat dan lukis gelas untuk cenderamata)



Alhamdulillah ini semua pengalaman saya jatuh bangun dlm hidup & perniagaan. Terima kasih kepada mak, abah, isteri, anak-anak, keluarga & guru-guru saya yang banyak menjadi pendorong dlm saya mencapai apa yang saya ada sekarang & akan datang. Saya doakan kebahagian & kelapangan kepada semua mereka dalam hidup serta apa jua yang mereka usahakan. Sesungguhnya semua yang baik adalah saham-saham mereka untuk bekalan menuju akhirat. Saya mahu buktikan bahawa anak peneroka ini boleh berjaya. InshaAllah. Alhamdulillah sekarang saya banyak kongsikan pengalaman & ilmu ini pada sesiapa yang berminat melalui kursus-kursus anjuran Aliza Tshirt. InshaAllah.




Ali MS
Pengasas Aliza Tshirt
dan; Presiden Tshirt Printing Malaysia (TPM)


 

Tuesday, October 8, 2013

KISAH SAYA ~ KUTIP DUIT SYILING WAKTU SUSAH :(


Bismillah..

Teringat waktu saya jatuh dalam perniagaan dulu, terpaksa kutip duit syiling yang ada untuk beli 2 biji telur sehari untuk makan dengan nasi waktu tengahari & malam selain terpaksa makan maggi potong 2 seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Harga telur dalam 50 sen sebiji. 2 biji dah RM1. Terasa amat berharganya setiap duit syiling yang ada.

Masa senang sikit dulu setakat 10 sen atau 20 sen terjatuh, malas nak cari dah. Rasa macam takde makna sangat setakat 10 sen atau 20 sen tu kan? Tetapi cuba bayangkan pada waktu susah tu, ada masanya tak cukup lagi 10 sen je nak beli barang, habis keliling rumah kita cari. Cari celah-celah tikar, celah-celah kerusi, celah-celah laci.. pendek kata semua tempat kita cari. Betapa bernilainya duit 10 sen yang kita ada & kalaulah terjumpa 10 sen yang dicari "Ya Allah, rasa besar rahmat sangat" macam jumpa duit RM1K. :)

Begitulah besarnya nikmat & nilai duit syiling 10 sen tu pada mereka yang memerlukan. Saya pernah dengar satu cerita: Kisah JUTAWAN SEGERA yang keciciran duit RM1 pada waktu malam yang gelap. Jutawan segera ni dengan rasa nak menunjuk ambil note RM10 dan bakar dengan 'lighter' buat menyuluh kononnya nak mencari  note RM1 yang terjatuh. Kemudian mereka gelak-gelak sama-sama sendiri sebab sebenarnya mereka nak tunjuk bahawa mereka ada duit yang banyak. MashaAllah ini "KUFUR NIKMAT" namanya. Nauzubillah. Dan; dengar cerita jutawan segera ni dah balik hidup 'biasa-biasa' selepas semua duit yang ada habis diguna untuk belanja hangus beli kereta, pergi makan angin & beli barangan elektrik untuk kegunaan rumah dan macam-macam belanja hangus yang lain (tak digunakan untuk pelaburan).

Alhamdulillah saya belajar satu perkara, bahawa hidup atau berniaga perlu ada TABUNGAN buat bekal masa susah. Tak banyak pon sikit kena buat. Kalau dapat simpanan tu buat PELABURAN lagilah baik.Tapi nak melabur, kenalah cari guru yang boleh ajar berkenaan pelaburan dengan cara yang betul. Saya pon sedang usaha istiqamah nak belajar menabung. Tak mahu boros berbelanja sebab kita tak tahu bila masa kita akan susah. Hidup & perniagaan ni ibarat roda yang berputar. Ada masa kita di atas & ada masa kita di bawah. Waktu senang, ingat waktu susah. InshaAllah sama-sama kita cuba. :)


Catatan:

Ali MS




Monday, October 7, 2013

Sharing: Process Color / Simulated Process / Spot Color & Customized Color Separation - what's the different?

About Color Separation

Color Separation is the process of converting an image, such as photograph, into a set of colors that can be printed. Color separations for screen printing can be made using ®Adobe Photoshop.
Monitor-to-Screen-print
Images are converted from RGB to spot colors  for screen printing.

When an image is brought into ®Adobe Photoshop, it is usually in a color mode compatible with the device that it was created on. This is often the RGB color mode, which  is a common mode for digital cameras and computer monitors. The RGB mode is based on the blending of Red, Green and Blue light. To screen print an image, the colors must be converted to a combination, or mode, compatible with screen printing. The resulting set of colors is called a Color Separation.

Separation types
Color separations for garment printing are generally divided into 3 types:
• Process color
• Simulated process
• Spot color

Process color:
Process color separations use Cyan, Magenta, Yellow, and Black (CMYK) to create the colors in an image. Process color separations can be made by converting a file from the RGB Mode to the CMYK mode using Adobe Photoshop®. CMYK inks are transparent and blend on press.
Process_SepGraphic
A Process color separation uses Cyan, Magenta, Yellow and Black
Process color printing usually requires more then just the 4 basic CMYK colors for a quality print. Adding a highlight white helps to control the lighter color ranges. Additional custom colors may also be included for spot color matching or out of gamut colors.
• Recommended for white or light colored garments. Increased difficulty on dark garments
• Requires the least number of screens for a full color image.

Simulated Process:
The Simulated Process technique offers the ability to print full color images on light or dark substrates. The inks used with this technique are semi-transparent, providing better coverage. but also blend on press like the Process colors.
SimProcess_SepGraphic
A simulated process separation can be printed with a limited color palette.
Like Process printing, Simulated Process techniques may use a standard set of  colors (6 or more) for most images. Separations can be customized for the image type and number of screens available.
• Requires a moderate number of screens for a full color image.
• Semi-opaque inks provide better coverage over dark garments.
• Uses a standard set of colors.

Spot colors:
Spot colors may be added to other types of separations, or used to create custom separations. A spot color will match specific colors in an image and will often be set to a Pantone® solid color. In addition to even better coverage over dark garments, spot colors offer more consistency while printing and between print runs.
Spot_SepGraphic
A spot color separation using specific custom colors.
• Spot color Inks can be opaque or semi-opaque.
• Offers best coverage and color matching on dark substrates.
• Requires the most screens for a full color image.

Customized Color Separations
A color separation may use combination of these three separation styles, depending on the press and design requirements. For instance, a process color separation will often benefit from the addition of a spot color to increase the color range. A simulated process print may also include a process color or a custom spot color as needed. In practice, customized color separations are often used due to different printer/design requirements.
a Process Color Separation
A customized process separation using a spot red and a highlight white

Sumber: PhotoScreenPrint.com

Sunday, October 6, 2013

VIDEO TUTORIAL: MENCUCI BLOK SILKSCREEN

 (Gambar: Masa buat training 2@3 tahun lepas di Johor)

 ~ sila share jika bermanfaat

Video perkongsian ini adalah diambil dari program Klinik Intensif Cetak Tshirt (KICT) yang dianjurkan oleh Aliza Tshirt Printing pada 14-9-2013 yang lalu.

Moga bermanfaat & sila komen "Nak lagi" jika anda mahu lihat video tutorial yang lain.

Sila klik link untuk lihat video tutorial:
http://www.youtube.com/watch?v=e66Hx1IQ09E&feature=youtu.be

YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG



Nasib bukan secara KEBETULAN, tapi PILIHAN. Ia bukan untuk di tunggu tapi untu diCAPAI.

"Destiny is not a matter of change, it is a matter of CHOICE. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved". - Jeremy Kitson

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka" - (Al-Ra'd 13:11)

Saturday, October 5, 2013

ENGGANG SAMA ENGGANG, PIPIT SAMA PIPIT






[ENGGANG SAMA ENGGANG, PIPIT SAMA PIPIT]

Hanya yang POSITIF yang akan TERTARIK pada yg positif & yang negatif akan tertarik pada yang negatif.

Pada hakikatnya, bukan manusia yang mengasing-asingkan siapa 'enggang' dan siapa 'pipit' tetapi proses kehidupan inilah yang meletakkan di mana kita sepatutnya berada. Oleh sebab itu, orang yang BERJAYA biasanya tertarik dengan orang yang berjaya juga manakala orang yang gagal pula berkawan dengan orang yang gagal juga.

Jika kejayaan yang ingin kita tarik, kita sendiri perlu meletakkan faktor kejayaan itu ke dalam minda kita. "Kita adalah apa yang kita PERCAYA - Power Of Beleive".

Oleh itu, penting untuk kita memilih siapa rakan-rakan kita disekeliling kita. Pastikan kita memilih orang yg positif supaya AURA POSITIF & BERJAYA juga akan tertarik kepada kita umpama 'magnet'.

#AliAlizaTshirt  #AlizaTshirtPrinting

Friday, October 4, 2013

MSCC - WAJARKAH??



Bismillah..

Assalamualaikum & salam sejahtera bagi yg non Muslim (bumiputera Sabah & Sarawak dll). Moga tuan / cik puan & bisnes masing2 dlm situasi yg baik & saya doakan tuan / cik puan berjaya dlm apa jua projek bisnes yg dilakukan.

Posting saya kali ini mungkin agak panjang & mengambil sedikit masa tuan & cik puan. Teruskan membaca sekiranya tuan & cik puan serius mahu tahu apa yang saya ingin sampaikan. :)

Sejak saya maklumkan tentang program Master Silkscreen CMYK Class (MSCC) - CUSTOM CMYK yang dianjurkan oleh #AlizaTshirtPrinting dengan kerjasama dari tuan Monster Jam yang inshaAllah akan berlangsung pada minggu ke 3 Oktober 2013 iaitu pada 19 & 20 hb Oktober 2013 (Sabtu & Ahad), saya mendapat banyak pertanyaan dari ramai orang sama ada yang berminat & ada juga yang berkira-kira mahu mengumpul modal bagi menyertai program ini (2 minggu lagi). Alhamdulillah sambutannya adalah baik & ramai peniaga bumiputera ini yang amat dahagakan ilmu dan bersedia membawa perniagaan tshirt masing2 ke satu paras yang lebih tinggi dengan menambah (upgrade) ilmu & kemahiran masing2.

Bagaimanapun, apa yang mahu kongsikan di sini adalah ada juga yg bertanya berkenaan KEWAJARAN HARGA yang ditawarkan. Untuk pengetahuan, harga yang ditawarkan adalah harga terbaik dan difikirkan WAJAR dengan mengambilkira perkara berikut:

1) Saya sbg Presiden TPM memikul tanggungjawab meletakkan kemahiran ini di tahap EKSLUSIF (SEBAGAI TANDA ARAS) supaya nanti pakar yang lahir dari program ini dapat memanfaatkan kemahiran mereka dan bertanggungjawab pada harga yang mahu mereka berikan kepada pelanggan nanti.

Cuba bayangkan jika saya offer program ini dengan harga RM500/individu (hampir sama dengan kursus asas & intensif yg ditawarkan dalam pasaran bagi saya, ini juga telah mencukupi dengan anggaran jumlah peserta max 20 orang) , tetapi tuan & cik puan agak berapakah harga printing PLASTISOL selepas ini? Apakah nasib printer plastisol selepas ini? Printer Plastisol mungkin kena jawab soalan ini (buat masa ini harga plastisol printing di Malaysia boleh dikatakan MASIH BAIK). Adakah nasib printer plastisol akan menjadi seperti printer rubber yang harga kini boleh dikatakan antara harga yg TERENDAH dlm sejarah printing. Mahukah kita lihat harga printing plastisol akan datang berharga 30 SEN / 50 SEN satu warna  atau RM3 utk warna penuh?

Ditambah dengan kebanjiran supplier baju kosong yang GILA-GILA BUANG HARGA & supply kepada SESIAPA SHJ dengan harga borong.. macamana agaknya printer / kilang printing tshirt mahu cari makan? Contohnya senang, berapa harga sehelai tshirt dengan cetakan 1 warna dulu & sekarang? Pemilik kilang printing baju mesti tahu harganya dah macam 'langit & bumi'. betul tak?

2) Pakar yang lahir dari program ini mungkin berhajat mahu membuat training di tempat masing2 sekiranya mereka telah mahir nanti. Jadi, saya telah tetapkan satu TANDA ARAS yang tinggi pada program seumpama ini untuk mereka ikut pada masa akan datang. Kenapa kita mahu jual & dapat margin rendah sedangkan kita boleh jual & dapat margin yang lebih baik?

3) Mengawal KEBANJIRAN PRINTER supaya akhirnya tidak akan ada printer yang tidak bertanggungjawab (terkawal) - dengan pakej harga yang ditawarkan, tentulah HANYA PRINTER yang BENAR-BENAR SERIUS sahaja yang akan hadir dan ini membantu mengawal kebanjiran printer & pakar yang lahir dari program ini SEMESTINYA MEMPUNYAI KEMAHIRAN YG EKSLUSIF dan 'mahal'.

Kesimpulannya, saya TIDAK PAKSA tuan & cik puan untuk mendaftar bagi program ini. Semuanya bergantung kepada penilaian tuan & cik puan sendiri. Sila daftar jika tuan & cik puan rasa IANYA BERBALOI.

Bagaimanapun, siapa yang awal menyertai dan mahir dalam kemahiran ini PASTINYA dialah yang TERAWAL bakal menikmati 'kesannya yg huru hara' inshaAllah. (Harga printing plastisol di Malaysia buat masa ini MASIH EKSLUSIF apatah lagi untuk cetakan warna penuh :)

Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca hingga akhir. Saya doakan kejayaan untuk tuan / cik puan semua!!

Bagi yang berminat utk sertai MSCC boleh baca selanjutnya disini: https://docs.google.com/forms/d/1AQb3MC8wN-ARtZAux2vGWSUAD6I7BZ7z3w6gUbm70ug/viewform

(BONUS: DISCHARGE PRINTING AKAN DIAJAR DLM 2 HARI PROGRAM)
 HARGA PENDAFTARAN AWAL (TERBUKA JG KPD PESERTA VIP KICT) MASIH ADA KEKOSONGAN.

Catatan:

ALI MS
PRESIDEN TSHIRT PRINTING MALAYSIA (TPM)
dan; PENGASAS ALIZA TSHIRT


#AlizaTshirtPrinting

Thursday, October 3, 2013

[CERITA PENGEMBALA] ~



"Jika anda seorang pengembala, Jadilah yang terbaik dan memiliki 'kambing-kambing' anda sendiri"

Salah satu perkara yg paling menarik tentang kehidupan ini ialah kita semua adalah UNIK dengan tahap intelek, minat, aptitud dan keinginan yang berbeza. Betapa suramnya hidup ini jika kita semua inhin menjadi pakar nuklear atau tukang roti sahaja tetapi tidak kira walau apa pon keupayaan yang telah dianugerahkan ketika kita dilahirkan, kita semua MEMPUNYAI KEUPAYAAN untuk menjadi seorang yang paling baik dalam apa jua yang kita kerjakan.

Menjadi yang TERBAIK merupakan suatu REFLEKSI SIKAP & KEINGINAN kita. Sama ada anda seorang jurujual, eksekutif, setiausaha atau pekerja pemasangan anda MEMPUNYAI KAPASITI menjadi baik jika anda MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

Apabila anda telah mencapai SUATU TAHAP YANG TINGGI dalam apa jua yang anda lakukan, anda akan mendapati, KHIDMAT ANDA AMAT DIPERLUKAN.

Apabila anda telah menjadi yang terbaik dalam kerjaya anda, maka anda mungkin diminta untuk membantu 'kambing-kambing' yang lain dan lama-kelamaan anda akan MEMILIKI 'KUMPULAN KAMBING' anda sendiri.



- #AliAlizaTshirt #AlizaTshirtPrinting

Master Silkscreen CMYK Class (MSCC) - Custom CMYK: https://docs.google.com/forms/d/1AQb3MC8wN-ARtZAux2vGWSUAD6I7BZ7z3w6gUbm70ug/viewform

BATU NISAN PADA BAJU??? -






Kau Gila?????

TSHIRT BATU NISAN

Ini merupakan tempahan ke 3 sepanjang tahun ini daripada syarikat ini yang merupakan syarikat PEMBEKAL BATU NISAN & KEPOK.

Dengar ceritanya, syarikat ini telah berkembang baik & kini telah MEMPUNYAI CAWANGAN DI SABAH. Mendengar berita ini, hati kami turut gembira & tumpang bangga dengan kejayaan mereka kerana ada sedikit sumbangan kami pada tshirt syarikat yang dipakai & diberi percuma kepada pelanggan mereka sbg salah satu cara PROMOSI.

Siapa sangka, perniagaan batu nisan & kepok boleh berkembang luas hingga boleh buka cawangan sampai ke sabah (HQ di Bangi, Selangor) - (Kau ada??)  :)

Apapon bisnes anda, sebenarnya ianya boleh berkembang maju sekiranya PELANGGAN TAHU APA PERNIAGAAN ANDA.

Bagaimana Caranya?

IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA MELALUI TSHIRT - ini antara iklan (marketing) yang efektif kerana pemakai tshirt ini adalah 'medium iklan BERGERAK' yang bertindak sebagai promoter sykt anda yang membawa info sykt ke mana shj tempat yg dia pergi.

Jadi, apa tunggu lagi?

Jika anda masih belum ada tshirt syarikat masing-masing, kami boleh bantu. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di 03-8912 7163 / 012-786 8062 (mobile)

FB page: Aliza Tshirt Printing



TQ

#AliAlizaTshirt  #AlizaTshirtPrinting






[UPDATE] MASTER SILKSCREEN CMYK CLASS - CUSTOM CMYK

 [UPDATE] MASTER SILKSCREEN CMYK CLASS - CUSTOM CMYK 
Anda mungkin tidak memerlukan. Sila sharekan kepada keluarga & sahabat-sahabat anda kerana mereka mungkin memerlukannya :)
Tinggal 14hari shj lagi untuk sahkan tempat - PELUANG KEEMASAN BAGI YANG SERIUS MAHU UPGRADE & CARI KELAINAN pada bisness tshirt masing-masing.

Sebelum ini ramai yang bertanya bila kelas ini akan dijalankan. Jadi, jika terlepas PELUANG ini, jangan tanya saya bila lagi saya akan buat sebab saya tidak bercadang mahu buat selalu untuk menjaga status EKSLUSIF kemahiran ini.

Sahkan tempat sekarang di sini: https://docs.google.com/forms/d/1AQb3MC8wN-ARtZAux2vGWSUAD6I7BZ7z3w6gUbm70ug/viewform

PROMOSI 10 ORG TERAWAL MASIH ADA KEKOSONGAN: RM1957/individu
"ILMU BUKAN MENDATANGI, ILMU MESTI DIDATANGI"
Saya doakan kejayaan untuk anda semua yang membaca

Tuesday, October 1, 2013

SAYA TELAH BERSEDIA, SUDAH KAH ANDA?

SAYA TELAH BERSEDIA UNTUK BERKONGSI MASTER SKILL SAYA, BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENERIMA?

 

Salam kebahagiaan, kekayaan & kejayaan kpd semua.

Alhamdulillah 14-9-2013 yang lalu kami telah dapat berkongsi kemahiran mencetak tshirt melalui KLINIK INTENSIF CETAK TSHIRT (KICT) yang diharapkan dapat menambah nilai & mengubah hidup peserta yang telah hadir.

Namun begitu, ada 1 lagi kemahiran yang sebenarnya menjadikan kami unik & lain dari yang lain iaitu kemahiran CMYK CUSTOM SILKSCREEN. Ini memberikan kami KEKUATAN & IDENTITI tersendiri hingga pelanggan sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Apakah CMYK CUSTOM SILKSCREEN?

CMYK custom silkscreen adalah satu kaedah cetakan sutera saring (silkscreen) yang dihasilkan dari pecahan filem Cyan-Magenta-Yellow-Black untuk menhasilkan cetakan WARNA PENUH (full colour) tetapi ianya BERBEZA dari tempat lain kerana beberapa pelarasan / ubahsuai akan dilakukan terlebih dahulu sebelum output filem dihasilkan untuk memastikan cetakan LEBIH HIDUP, 3D & REAL.

Uniknya kami tidak menggunakan perisian Separation Studio atau berniat untuk menjual sebarang perisian melalui kursus ini.

Apakah RAHSIANYA?

Untuk pengetahuan, kami sering menerima pertanyaan / permintaan untuk kursus ini tetapi sebelum ini kami masih belum bersedia kongsikan apa yang menjadi kekuatan & identiti kami selama ini tetapi hari ini kami TELAH BERSEDIA SEPENUHNYA untuk kongsikan dengan tuan / tuan yang benar-benar berminat dengan teknik ini. Soalnya, ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK MENERIMA?

Kenapa kami ingin berkongsi sekarang? Kerana kami telah diajar tentang 2 perkara yang tidak akan rugi jika diberi iaitu:

1) Sedekah 
2) Perkongsian ILMU 
(semakin diberi semakin banyak diterima)

Dan pesanan mentor, adalah BERDOSA jika kami tidak sebarkan ILMU yang sepatutnya boleh memberi manfaat kepada orang lain.

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain." - (HR. Ahmad)

Siapa patut hadir kursus ini?

1) Jika anda seorang usahawan cetak tshirt yang sedang berkembang dan INGIN MENCARI KELAINAN & MENAMBAH NILAI perkhidmatan & servis anda. Inilah peluang keemasan untuk anda. 
2) Peserta KLINIK INTENSIF CETAK TSHIRT (KICT) kami yang ingin menambah ilmu dan kemahiran silkscreen hingga tahap master 
3) Sesiapa yang berminat menambah kemahiran diri.

TIPS: Hadirkan diri dalam kursus / seminar anjuran USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA membolehkan kita mudah untuk berinteraksi / meminta pandangan beliau sekiranya kita memerlukan berbanding kita meminta pendapat beliau secara percuma apatah lagi melalui medium maya (sedangkan kita tidak pernah bersemuka atau mengenali beliau secara peribadi tentulah agak sukar untuk beliau mahu berkongsi). Kos yang kita bayar untuk kursus / seminar telah menjimatkan banyak masa, tenaga & wang ringgit yang mungkin kita laburkan dalam proses 'try & error'.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAKLUMAT MSCC TEMPAT TERHAD!! - 20 PESERTA 
(penggunaan dakwat plastisol oil base & plastisol waterbase sepanjang program) 

YURAN KURSUS: RM2457 
PESERTA VIP KICT: RM2000 
10 PENDAFTARAN AWAL (EARLY BIRDS): RM1957
Kami tidak PAKSA anda untuk hadir kursus ini. PASTIKAN ANDA RASA YANG ANDA BENAR-BENAR YAKIN KEPUTUSAN ANDA ADALAH BERBALOI!!
"ILMU TIDAK MENDATANGI, ILMU MESTI DIDATANGI" - Dato Roslan (Jutawan Motivator)
 (Fikirkan)
Sekiranya berminat, sila sahkan tempat anda di sini HARGA PROMO untuk 10 pendaftaran awal:  https://docs.google.com/forms/d/1AQb3MC8wN-ARtZAux2vGWSUAD6I7BZ7z3w6gUbm70ug/viewform


Catatan: 
ALI MS
PRESIDEN TSHIRT PRINTING MALAYSIA (TPM) 
& PENGASAS ALIZA TSHIRT PRINTING