Monday, September 30, 2013
TIPS: BAGAIMANA MENDAPATKAN IMEJ YANG CANTIK DAN JELAS (SHARP) PADA BLOK SILKSCREEN
Hari ini dapat pertanyaan dari seorang Peserta Kursus Aliza Tshirt Printing:
"salam..nak tanya sikit... pertama saya dah sapu photo imulsion, then keringkan dgn high dry... saya check betul2 dah kering... kedua photo imulsion dgn lampu... dalam seminit lebih... kemudian saya bilas2 sikit dengan air, dan guna penyembur air yg sama semasa kursus dulu... bila saya sembur mula2 ok, tapi mesti pecah tepi2 garisan, dan tadi terkeluar semua kadang2... apa puncanya ye? kalau tebal sgt photoimulsion tu jadi cair pecah juga, kalau nipis pun pecah juga... tadi saya buat jatuh banyak photo imulsion tepi2 design... kalau kes macam ni botol photo imulsion tu rosak sebab terbuka terlalu lama atau teknik salah... tolong..."
Jawapannya:
ada byk faktor yg mungkin jd penyebab..
1) pastikan photo emulsion yang di sapu pada mesh telah betul2 kering
2) cek artwork - pastikan printing filem betul2 solid hitam
3) mungkin sapuan photo emulsion tidak betul (sapuan mesti senipis yg boleh)
4) mungkin juga photo emulsion rosak disebabkan terdedah kepada cahaya (photo emulsion sgt sensitif kpd cahaya & boleh rosak jika dibiarkan terdedah)
5) Pastikan cuci dengan semburan air yg kecil & tidak terlalu kuat (gunakan bottle spray / muncung hos boleh laras / high presure pump) - pastikan jarak semburan sesuai dengan alatan yang digunakan
6) kena pastikan filem dan mesh rapat waktu proses expose sebab bila berjauhan ia akan mewujudkan bayang menjadikan gambar yg nak di expose jadi tidak sharp
Kena cek & pastikan kesilapannya di mana (pada semua faktor yg disebutkan) dan inshaAllah akan dapat hasil (image) yg cantik pada blok.
Harap membantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment