Thursday, October 30, 2014
Seni berurusniaga ~
Kami sering menerima soalan dari sahabat-sahabat usahawan & agen-agen Aliza Tshirt yg dikasihi berkenaan bagaimana mahu 'close deal' dengan pelanggan. Aduan diterima selalunya adalah, sukar mahu close deal dengan pelanggan & pelanggan macam kurang yakin mahu teruskan urusan.
Jawapan pokok bagi soalan itu pastinya adalah ILMU. Jika tahu ilmunya maka mudahlah berurusniaga.
Di Aliza Tshirt, kami pastikan untuk cuba berkongsi dengan ahli team tentang seni untuk close deal bila mereka berurusan dengan pelanggan. Berikut adalah 9 tips yang sering kami pesan untuk dipraktikkan sepanjang urusniaga :
1) Kuasa Nombor Ganjil
Buka harga guna nombor ganjil - psikologinya pelanggan merasa lebih murah dengan nombor ganjil. Anggapan selalunya nombor ganjil adalah harga pengilang dan nombor genap adalah harga peruncit (Ada kajian kes yang dibuat berkenaan ini)
2) Buat Pelanggan Cemas:
Bila pelanggan cemas, ia akan cepat close deal. Contohnya, selepas beri harga & beri penjelasan tentang barang atau perkhidmatan kita, kita beritahu, sekarang musim hujung tahun tempahan biasanya agak sesak, jika mahu barangan tuan / puan siap cepat dalam tempohnya, tuan / puan perlu sahkan hari ini / sebelum jam 2 petang.
Boleh juga gunakan TAWARAN TERHAD seperti, kita ada diskaun sekarang tetapi diskaun ini hanya untuk 3 orang terawal sahaja. Pelanggan akan berfikir mahu segera sahkan tempahan untuk dapatkan diskaun yang dijanjikan.
3) Buka 2 harga (sebutkan)
Biasa bila membayar makanan selepas makan di restoran & kedai makan, pengusaha kedai makan membuat kira-kira harga makanan yang telah di pesan adalah RM19.50. Dialognya begini," Semua RM19.50, beri saya RM19 sahaja". Pelanggan akan rasa gembira dan berfikir yang pengusaha ini seorang pemurah kerana tidak ambil kira RM0.50 tadi. (Jumlahnya kecil tetapi impaknya besar). Pastikan sebut kedua-dua harga.
4) Seni tawar-menawar - Harga hak kita
Sekiranya kita bukan berniaga di kedai harga tetap, pelanggan akan cuba tawar-menawar. Jangan takut beri harga. Ianya Hak kita (sekiranya ia bukan barang kawalan) tetapi dengan seni tawar-menawar yang baik pastinya akan dapat suatu harga yang pelanggan rasa selesa & kita rasa gembira. Ianya situasi menang-menang.
5) Sambut panggilan telefon dengan senyuman
Angkat panggilan telefon & bercakap dengan senyuman. Pelanggan pastinya tidak dapat melihat kita tetapi kemesraanya dapat dirasai. Bila hati memberi maka hati jugalah yg merasa.
6) Air mineral & gula-gula di kaunter perkhidmatan
Tips ini kami cuba amalkan. Cuma ada masanya terputus juga dek kerana kesibukan dengan kerja-kerja hingga tidak berkesempatan untuk restock bila ianya habis. Ia membuat pelanggan rasa dihargai & seronok berurusan.
7) Jualan pertama setiap hari
Jualan pertama membuka pintu-pintu jualan seterusnya. Bagi masyarakat Cina, jualan pertama menentukan 'Ong' pd hari tersebut. Maka seboleh mungkin mereka akan cuba close deal biarpon untungnya tipis.
8) Pelanggan Positif - mudah urusan
Kami juga cuba mengekalkan ini biarpon adakalanya ter'jodoh' juga dengan pelanggan yang negatif. Klu (clue) nya mudah, pelanggan yang positif, mudah urusan.
9) Tawakal
Akhir setiap perkara adalah Tawaktualallah..Setiap rezeki itu pastinya dari Dia.. selepas usaha, percaya sahaja bahawa jika itu rezeki kita milik kita, maka Dia pasti akan hadirkan untuk kita. Pasti pernah berlaku, pelanggan sudah tawar-menawar, sudah diberi penerangan & penjelasan secukupnya akhirnya berakhir dengan dialog " OK takpelah, nanti jika saya berminat, saya hubungi tuan / puan semula". Kita tahu jawapan ini petanda urusniaga akan berakhir di situ. Alih-alih lepas 3-4 hari datang pula bawa se'bundle cash' mahu terus sahkan urusniaga. Alhamdulillah :)
#AliMS
Subscribe to:
Posts (Atom)
